DAPATKAN RAHSIA FOREX YANG TELAH TERBONGKAR

Google

Petua Warisan Melayu

Sememangnya budaya Melayu kita terkenal dalam mengamalkan petua-petua dalam kehidupan. Disini akan diterangkan bagaimana cara untuk menghilangkan kesan parut yang manjadi igauan ngeri bagi sesetengah orang terutamanya kaum wanita yang mementingkan personaliti.
Untuk menghilangkan kesan parut, terdapat banyak alternatif yang digunakan oleh masyarakat melayu. Disini akan diterangkan serba sedikit mengenai cara-cara tersebut.

i)-Menghilangkan Kesan Parut Menggunakan Kulit Kayu Manis

Amalan menghilangkan kesan parut menggunakan kulit kayu manis ini bukan lagi menjadi satu di kalangan masyarakat Melayu. Kulit kayu manis ini bukan sahaja digunakan sebaagai rempah dalam masakan tetapi juga menjadi amalan perubatan. Namun begitu di sini hendak diingatkan bahawa penggunaaan kulit kayu manis ini biasanya berkesan bagi menghilangkan parut yang masih diperingkat baru atau juga dipanggil sebagai 'parut muda' di sesetengah tempat di Malaysia ini. Cara-cara pengunaan kulit kayu manis ini ialah:

i-ambik sedikit kayu manis dan basuh sehingga cuci..
ii-ambik batu lesung atau belanga
iii-asahkan kulit kayu manis tersebut di bahagian belakang lesung atau belanga tersebut dengan menggunakan sedikit air.
iv-selepas itu ambik hasil air asahan itu dan sapukan ke tempat luka atau parut yang masih baru itu.
v-amalan ini hendaklah di lakukan setipa hari sehingga parut tersebut hilang

Namun begitu setiap kesan penggunaan kulit kayu manis ini adalah berbeza kepada setiap jenis kulit individu.

ii-Menghilangkan Parut Menggunakan Buluh.

Menghilangkan parut melalui penggunaan Buluh juga masih di amalkan dalam masyarakat Malayu pada masa kini. Melalui penggunaan buluh ini, buluh yang hendak digunakan mestilah telah kering iaitu buluh yang telah berwarna kekuningan. Melalui cara ini, buluh tersebut hendaklah di bakar di dalam api. Buluh tersebut akan akan mengeluarkan air di bahagian belakang buluh apabila di bakar. Dengan itu, ambik air yang keluar di belakang buluh tersebut dan sapukan di tempat luka yang yang hemdak sembuh tersebut atau di bahagian parut tersebut.

iii-Menghilangkan Parut Menggunakan Getah Pokok Sena

Masyarakat Melayu sememangnya pintar dalam mengaplikasikan sumber semulajadi dalam bagi tujuan perubatan seperti menghilangkan kesan parut ini. Sememangnya penggunaan getah pokok sena bagi tujuan menghilangkan parut tidak diketahui secara umum oleh masyarakat pada masa kini. Justeru itu, sememangnya adalah amat wajar bagi kita generasi pada masa kini mengetahui serba sedikit ilmu penggunaan getah pokok sena ini dalam menghilangkan kesan parut ini. Getah pokok sena ini amat mujarab bagi menghilangkan kesan parut terutamanya bagi mereka yang mengalami luka-luka yang besar seperti dalam kemalangan. Namun begitu, di sini hendak di ingatkan juga bahawa penggunaan getah pokok sena ini hendaklah dilakukan semasa luka tersebut belum lagi sembuh sepenuhnya. namun apa yang amat penting lagi bahawa penggunaan getah pokok sena ini juga jangan dilakukan sekiranya seseorang itu takut kepada kepedihan kerana getah ini akan menyebabkan timbul rasa pedih dan warna kulit akan menjadi kemerahan. Melalui cara penggunaanya, ambik getah pokok sena yang masih baru iaitu yang baru di toreh dan sapukan ke tempat luka tersebut. Amalan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap hari sehingga menampakkan hasil.

p/s: setiap hasil itu adalah terletak pada ketentuan ALLAH..Kita hanya berusaha dan berdoa supaya setiap yang dilakukan itu akan memperoleh keberkatanNya..Amin.
p/s: setiap risiko adalah tanggungjawab sendiri..

Petua Warisan Melayu

0 comments:

Post a Comment

Petua Warisan Melayu - Designer: Douglas Bowman | Dimodifikasi oleh Abdul Munir Original Posting Rounders 3 Column